...Sutra hitam...2009
kumpulan sutra hitam kembali....
kami teruskan perjuangan kami, kami masih setia bersama. Bermain muzik pelbagai irama. Kami mempelajari teknik-teknik baru seperti skill gitar, skill bass, skill drum dan belajar menggunakan effeck untuk gitar & bass. Sebelum itu, aku nak ceritakan pengalaman aku bekerja di sebuah pusat muzik yang terkenal di kedah. Aku bekerja sebagai krew ( juruteknik ). Aku dapat belajar perkara-perkara baru. Aku dapat belajar tentang audio, lighting, MCP, serta servis alat-alat muzik (gitar).
Sepanjang karier aku sebagai krew aku banyak bertemu dengan ramai artis popular. aku banyak keluar untuk function, maksudnya aku bertugas untuk show2 artis. Selain dari function2 untuk artis2 aku juga banyak terlibat untuk function2 protokol yang melibatkan Tuanku Sultan & VVIP. Aku banyak belajar untuk mengendalikan pelbagai jenis function.
Kembali semula dengan pengalaman aku bertugas untuk show artis. Di antara show artis2 yang pernah aku terlibat ialah, seperti KUMPULAN MAY,MUIZ METALASIA ( V6 ), KRISTAL, FTG, SPIDER, KHALIFAH, WINGS, JINBARA & banyak lagi artis2 berkumpulan yang lain. Artis2 solo pun ramai juga, di antaranya MAWI, AWIE, ANUAR ZAIN, MISHA OMAR, DEJA MOSS, AISHAH, HATTAN, FINALIST AF 5, & ramai lagi.
Tapi yang tak dapat aku lupakan ialah ketika aku bertugas untuk function sambutan merdeka peringkat negeri kedah 2007, waktu itu aku bertugas selama seminggu di ekspo yang bertempat di perkarangan stadium Darul Aman. Lebih kurang 3 hari sebelum sambutan merdeka, di tapak ekspo orang ramai di hiburkan oleh artis2 dari album semangat zaman. Artis2 tersebut ialah NASH(lefthanded), RAHMAT (mega), SHAMRIN (fotograf), & JOEY (BPR).
Yang paling bestnya waktu itu ialah ketika aku ditarik oleh Rahmat MEGA naik ke atas pentas untuk berduet bersama2 dengan dia. Aku menggigil jugak sebab itulah kali pertama aku menyanyi bersama2 artis popular, dia juga salah seorang lagenda rock tanahair. Aku duet dengan dia lagu TAKDIR & WAKTU yang nerupakan salah sebuah lagu paling popular kumpulan MEGA. Tapi sayang... aku tak ada kenangan seperti gambar, mungkin ramai orang tak percaya. Aku tak kisah semua itu, yang pasti aku tak tipu..!!!!!
Sepanjang aku kerja di pusat muzik itu, aku Cuma ada gambar kenangan bersama kumpulan KRISTAL, yang lain2 tak ada. Semua kenangan hanya di abadikan dalam ingatan aku & rakan2 sekerja. Selain itu juga aku pernah terlibat dalam menjayakan program CITRA WARNA MALAYSIA di negeri perlis, perlancaran logo jubli emas negeri Kedah & pesta air di Pulau Langkawi, walaupun aku hanya menghantar HEAD AMPLIFIRE GITAR ( JCM 2000 ) MARSHALL untuk digunakan oleh JOE (WINGS).
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment